Kelas E Learning dan Menjawab Kuiz Online

13 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin 12 Dec 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-10 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Dengan menggunakan laman Wordwall.net, pelbagai pembelajaran dan kuiz online dapat didapati. Soalan-soalan yang disediakan adalah sangat menarik dan mudah untuk difahami. Kanak-kanak ini dikehendaki untuk menyelesaikan kuiz yang bertemakan “Kata Arah” untuk menguji pemahaman kanak-kanak tersebut mengenai arah. Permainan seperti “Whack-it-moles”yang mempunyai grafic yang comel dan menarik, telah menarik minat kanak-kanak tersebut untuk bermain sambal belajar dengan lebih efektif. Ada juga permainan yang berbentuk “Padankan”untuk menguji pemahaman kanak-kanak tersebut dalam membezakan “Kata arah” dan bukan kata arah.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali