Kelas E Learning dan Menjawab Kuiz Online

16 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa 15 Nov 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 10-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Kelas E-learning dimulakan dengan pendedahan kuiz-kuiz berpendidikan secara atas talian.

Dengan menggunakan laman Wordwall.net, pelbagai pembelajaran dan kuiz online dapat didapati. Soalan-soalan yang disediakan adalah sangat menarik dan mudah untuk difahami. Selain itu, kami juga turut bermain beberapa permainan berpendidikan secara atas talian yang berbentuk teka teki, silang kata dan cari padanan dengan soalan-soalan berunsur kemerdekaan dan semangat patriotisme Ini menarik minat mereka untuk mempelajari dan memahami prinsip rukun negara sambil bermain permainan berpendidikan tersebut.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali