Kelas Microsoft Excel (Membina Jadual Waktu Kelas)

6 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 05 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Microsoft Excel secara individu untuk seorang pelajar dari SMK Penrissen yang ingin mengetahui cara untuk menghasilkan jadual waktu kelas menggunakan aplikasi komputer. Kelas ini berlansung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2 petang sehingga 3 petang. Kami turut berkongsi dengan pelajar tersebut tentang aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan jadual iaitu dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Sepanjang kelas berlansung, pelajar diajar mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi Microsoft Excel untuk menghasilkan jadual yang menarik dan mudah untuk difahami.

Selain itu, kami juga turut berkongsi mengenai topik dalam modul KDB iaitu berkaitan mobile e-waste. Mobile e-waste adalah tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di PEDi berdekatan.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali