Kelas Bimbingan Subjek Matematik Tingkatan 1

6 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 5 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas bimbingan bagi subjek Matematik untuk seorang pelajar Tingkatan 1 dari SMK Padawan. Kelas tersebut berlansung selama 1 jam 30 minit iaitu dari pukul 10 pagi sehingga 1130 pagi. Objektif kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk membantu pelajar tersebut menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru semasa cuti sekolah melalui beberapa contoh yang boleh didapati daripada sumber internet. Dengan itu, pelajar dapat menegtahui sumber rujukan tambahan yang boleh diperolehi daripada internet secara percuma.

Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara. Pengguna Internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali