Kelas E Learning Dan Menjawab Kuiz Online Dalam Bahasa Inggeris

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 10 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online dalam bahasa Inggeris kepada beberapa murid dari SK Taba Sait. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pkul 2 petang sehingga 3:30 petang. Kelas E-learning dimulakan dengan pendedahan kuiz-kuiz dalam bahasa Inggeris secara atas talian. Kuiz-kuiz yang disediakan adalah mengikut peringkat pemahaman mereka dalam bahasa Inggeris. Soalan-soalan yang disediakan adalah sangat menarik dan mudah untuk difahami.

Selain itu, kami juga turut bermain beberapa permainan berpendidikan secara atas talian yang berbentuk teka teki bergambar yang memaparkan kreativiti mereka untuk mengenali objek atau gambar tersebut. Ini menarik minat mereka untuk mempelajari bahasa Inggeris sambil bermain permainan berpendidikan tersebut.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali