Kelas Bimbing Subjek Matematik Tingkatan 4
11 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat 10 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu kelas bimbingan bagi subjek Matematik untuk seorang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Tun Abdul Razak. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi. Objektif kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk membantu pelajar tersebut menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru semasa cuti sekolah dengan pembelajaran melalui beberapa tutorial secara atas talian yang boleh didapati daripada sumber internet.
Seiring dengan itu, kami juga turut berkongsi advokasi kepada pelajar tersebut mengenai penggunaan maklumat secara atas talian dengan bijak dan berbijak bila melayari internet. Perkongsian maklumat ini sangat penting untuk menerangkan tentang penipuan di atas talian dan penyebaran maklumat palsu yang boleh menjadi sumber cyberbullying.
Melalui perkongsian ini, kami berharap para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai sumber dalam internet yang dimana boleh membimbing mereka didalam pembelajaran, dan juga boleh merosakkan mereka jika sumber ini disalah gunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: