Kelas Asas Solekan Bersama Mary Kay

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari Khamis, 11 Januari 2020 satu kelas asas solekan bersama Mary Kay telah diadakan di PI Bengoh. Kelas ini disertai oleh 15 orang suri rumah dari Bengoh Resettlement Scheme. Selain daripada belajar asas solekan, peserta juga diajar bagaimana menjana pendapatan dengan produk Mary Kay. Kelas ini dimulakan dengan pengenalan kepada Mary Kay dan bagaimana suri rumah dapat menambah pendapatan dengan Mary Kay. Setelah itu, mereka diajar solekan asas. Setelah kelas tamat satu taklimat KDB bertajuk “PHISHING” diberikan oleh staff PI Bengoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali