E-Learning Fun Mathematics

10 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari Khamis, 9 Januari 2020 satu kelas E-learning telah diadakan di PI Bengoh. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan pendidikan secara atas talian serta laman web yang boleh diguanakan untuk tujuan pembelajaran. Setelah tamat kelas, satu taklimat KDB diadakan bersama mereka. Peserta juga diberi peluang untuk mencuba Interland Games Internet Awesome bagi memberi peluang pesersta memahami tanggungjawab mereka sebagai pengguna internet.Kelas bermula dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali