E - Learning (English Reading) & Kuiz Advokasi
26 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 25 Ogos 2020 satu kelas e-learning (English Reading), telah diadakan. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta memperbaiki pertuturan dalam bahasa Inggeris melalui kaedah membaca teks pendek. Kelas ini disertai oleh seorang peserta. Kelas bermula dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang. Seterusnya kelas disambungkan dengan kuiz Advokasi yang bertujuan untuk menguji pengetahuan serta pemahaman peserta mengenai penggunaan internet. Kelas bermula dari pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: