Hari Terbuka Pusat Internet Braang Bayur

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019 PI Braang Bayur telah mengadakan Hari Terbuka bersama komuniti setempat sekitar Kampung Braang Bayur. Pelbagai aktiviti dijalankan dan antaranya adalah Pertandingan Mewarna bertemakan Hari Malaysia untuk Kanak - Kanak, Kuiz Advokasi, Kahoot serta Sukaneka bersama komuniti. Selain itu para pengunjung yang belum mendaftar sebagai ahli PI juga diberi peluang pendaftaran sebagai ahli secara percuma. Program bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 1.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali