Fun English & Advocacy - Penipuan Internet
3 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu, 2 Mac 2019 kelas E-Learning telah di adakan yang merangkumi pembelajaran bahasa inggeris iaitu “Adjective”. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk memberi lebih banyak pengetahuan asas tentang “Adjective” yang boleh membantu pembelajaran mereka di sekolah. Kelas ini bermula dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang.
Selepas itu diteruskan dengan kelas Advokasi yang bermula pada 3.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Kelas ini bertujuan untuk mengigatkan pelajar agar selalu berwaspada dengan pengunaan laman sosial serta memupuk nilai moral bagi setiap peserta agar sentiasa bersikap sederhana dalam hidup.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: