E-Learning(Reading & Writing) Advokasi ( Maklumat Palsu)
24 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2019 telah diadakan satu kelas E-Learning yang merangkumi pembelajaran bahasa inggeris iaitu “Reading and Writing”. Kelas ini disertai oleh 7 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar untuk memebaca dan menulis esei pendek dalam bahasa inggeris yang boleh membantu mereka dalam pembelajaran di sekolah. Kelas ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Selepas itu di sebelah petang pula disambung dengan kelas Advokasi yang bermula pada 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Kelas ini yang bertajuk Maklumat Palsu bertujuan untuk mengigatkan pelajar agar selalu berwaspada dengan pengunaan laman sosial serta menilai sesuatu maklumat yang dibaca agar tidak terjebak dengan kes - kes maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: