Kelas Keusahawanan (Membuat Roti Bersama TUTY’S BAKERY) Anjuran Bersama PI Kg Quop & PI Sg Bandung & PI Bengoh
10 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2018 (Ahad) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Sg Bandung telah mengadakan kelas keusahawanan yang dihadiri oleh seramai 21 orang peserta. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Tuty selaku pengusaha kedai roti di Serian. Beliau berkongsi pengalaman sepanjang mengusahakan kedai roti. Selepas itu, beliau membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan untuk memudahkan sesi latihan.
Peserta berpeluang menghasilkan sendiri roti dengan melalui proses pengadunan,membuat doh, proses membuat pelbagai bentuk dan jenis roti dan akhir sekali proses pembakaran roti. Akhir sekali, program ditamatkan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada tenaga pengajar serta sijil untuk para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: