Sarawak Next Paradise Homestay 2018 (Anjuran Ucsi University & Mycentre)

08 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2018 (Sabtu) telah berlangsung program Sarawak Next Paradise Homestay di Dewan Kampung Taba Sait, BRS yang dianjurkan oleh UCSI University dan MyCentre. Pihak PI Bengoh turut mengambil bahagian dalam program tersebut. Staff PI Bengoh juga dijemput untuk memberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan yang ditawarkan serta kelas ICT yang diadakan di PI Bengoh.

Disamping itu juga, kami turut mengadakan booth bagi mempromosikan produk jualan oleh usahawan Pusat Internet. Selain itu, kami juga bekerjasama dengan PI Braang Bayur, PI Kg Quop dan PI Sg Bandung dalam menjayakan program tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali