Hari Terbuka Pusat Internet Melugu (Kerjasama Bersama PI Bengoh, PI Sg Bandung & PI Kg Quop)

20 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2018 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh telah bekerjasama dengan PI Melugu mengadakan Program Hari Terbuka anjuran bersama PI Sg Bandung dan PI Kg Quop. Seramai 100 orang peserta yang hadir pada program tersebut. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Cr. Menjang Ak Niah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut antaranya ialah, pemeriksaan percuma, pameran terbuka keusahawanan, pertandingan mewarna dan sukaneka. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali