Hari Terbuka Pusat Internet Bengoh

28 October 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 October 2018 PUSAT INTERNET BENGOH telah mengadakan Hari Terbuka di Dewan Komuniti Kampung Semban serta di Pusat Internet Bengoh. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil serta beberapa tetamu terhormat yang lain.

Antaranya adalah ceramah kebakaran bersama Bomba Siburan , saringan kesihatan bersama Kementerian Kesihatan Daerah Padawan. Selain itu pelbagai pertandingan permainan KDB telah diadakan bagi kategori sekolah rendah di Pusat Internet Bengoh dari jam 7.30 am hingga pukul 10.00 pagi. Selain itu pihak PI BENGOh juga menyediakan pelbagai jenis hamper untuk cabutan tiket bertuah serta hadiah hadiah untuk para pemenang pertandingan KDB. Acara penyampaian hadiah diadakan di Dewan Komuniti Kampung Semban dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali