Kelas Kecantikan Asas Penjagaan Kulit Wajah Bersama Mary Kay (Soft Skill)
23 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2018 ( ahad ) pihak Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan satu kelas kecantikan asas penjagaan kulit wajah dengan kerjasama bersama Mary Kay di bilik latihan di Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh.Seramai 7 orang peserta wanita telah hadir untuk mengikuti kelas tersebut.
Kelas ini membantu para peserta untuk memahami jenis kulit mereka serta asas penjagaan kulit yang betul. Selain itu para peserta juga diperkenalkan dengan produk Mary Kay mengikut kesesuaian jenis kulit mereka. Para peserta juga belajar asas solekan. Ini membantu para wanita untuk menigkatkan keyakinan diri mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: