Kelas D.I.Y Penanda Buku & E-Learning
23 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2017 (Sabtu) yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh telah mengadakan satu program yang dihadiri oleh 11 orang peserta. Aktiviti ini dijalankan di Bilik Training PI Bengoh. Objektif aktiviti ini ialah memberi pendedahan kepada para peserta berfikir secara kreatif dengan bantuan media social seperti youtube dan google. Para peserta menghasilkan penanda buku dari kertas warna yang disediakan. Mereka juga diajar cara menggunakan mesin laminate untuk menghasilkan penanda buku yang cantik dan menarik serta tahan lama.
Selain itu, mereka juga telah diperkenalkan dengan aplikasi Uptoten iaitu salah satu pembelajaran interaktif menggunakan kemudahan internet. Setiap peserta diberi peluang untuk mencuba aplikasi ini dengan menyelesaikan tugasan yang tertentu yang terkandung dalam perisian tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: