Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh Anjuran Bersama Bengoh Resetlement Scheme
05 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2017 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh telah mengadakan Program Hari Terbuka PI Bengoh anjuran bersama komuniti Bnegoh Resetlement Scheme. Seramai 100 orang peserta yang hadir pada program tersebut. Program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Rangen Ak Jamang mewakili YB Datuk Dr. Jerip Ak Susil. Terdapat beberapa pertandingan yang telah dianjurkan, antaranya ialah, Alphabet Treasure Hunt, Mewarna Digital, ICT Explorace, Mini Sukaneka serta sesi santai karaoke bersama komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: