Kelas Soft Skill Penjagaan Asas Kecantikan Oleh Consultant Mary Kay & Klik Dengan Bijak
16 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2017, Jumaat yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh telah mengadakan kelas penjagaan asa kecantikan bersama consultant Mary Kay. Seramai 7 orang peserta yang hadir termasuk 2 orang staff PI Bengoh. Sebelum kelas bermula, para peserta diberikan sedikit taklimat mengenai Klik Dengan Bijak serta Tayangan Video KDB.
Pada jam 10.00 pagi, Consultant Mary Kay yang dijemput tiba ke PI Bengoh. Kelas bersama Mary Kay bermula pada pukul 10.30 pagi. Mereka diberikan penerangan mengenai cara-cara penjagaan wajah yang betul. Setiap produk yang digunakan haruslah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu. Mereka disediakan dengan produk asas penjagaan muka Mary Kay untuk digunakan semasa kelas berlangsung. Para peserta juga sempat bertanyakan pelbagai soalan mengenai penjagaan muka yang betul. Akhir sekali, consultant Mary Kay mengadakan tutorial solekan asas kepada para peserta. Setelah tamat, para peserta diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan menyertai kelas yang diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: