Kelas Soft Skill Membuat Sandwich & Klik Dengan Bijak
11 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2017 (Ahad) yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh telah mengadakan kelas soft skill iaitu membuat sandwich. Sebelum kelas dimulakan, para peserta diberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Taklimat pada kali ini adalah mengenai perkongsian secara melampau di media sosial. Pengguna sepatutnya berwaspada apabila berkongsi maklumat di media social. Fikir dahulu sebelum berkongsi.
Sebelum membuat sandwich, staff PI Bengoh telah menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu. Mereka diajar mengutamakan kebersihan sebelum menyentuh bahan-bahan masakan. Setiap peserta dibekalkan sarung tangan setiap seorang. Selepas itu, mereka diberi tunjuk ajar oleh staff PI Bengoh untuk membuat sandwich telur dan sandwich sardin. Kemudian, mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan beserta bahan-bahan untuk membuat sandwich. Para peserta diberi peluang untuk membuat sendiri sandwich. Aktiviti ini membantu para peserta belajar masakan mudah yang boleh dipraktikkan semasa di rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: